UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Faktor dan kesan struktural tadbir urus di Malaysia dalam konteks kerjasama Laluan Sutera Baharu China, 2013-2023

Anis Thaqifah, Mat Habib (2025) Faktor dan kesan struktural tadbir urus di Malaysia dalam konteks kerjasama Laluan Sutera Baharu China, 2013-2023. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s830831_01.pdf] Text
s830831_01.pdf

Download (2MB)

Abstract

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) merupakan sebuah strategi peralihan ekonomi yang direncanakan oleh Presiden China, Xi Jinping pada tahun 2013. Matlamat inisiatif ini adalah untuk mewujudkan ketersambungan dalam kerjasama maritim antara China dan negara-negara global, termasuk negara-negara anggota ASEAN. Didorong oleh manfaat berterusan yang boleh diperolehi daripada projek-projek BRI, Malaysia telah menunjukkan kerjasama positif dengan kerajaan China dalam merealisasikan projek pembangunan mega ini. Sememangnya penglibatan kerjasama yang berstruktur dan bersepadu antara kerajaan dan pihak ketiga, khususnya komuniti tempatan, adalah penting dalam memudahkan aliran pelaburan ekonomi China melalui BRI. Kedinamikan dualisme di antara kedua-dua entiti ini mengukuhkan agenda BRI China dalam menembusi ekonomi tempatan secara agresif. Persoalannya, adakah tadbir urus Malaysia dalam membangunkan projek-projek BRI melibatkan dualisme, terutamanya pihak ketiga, iaitu rakyat, seperti yang digariskan oleh Anthony Giddens dalam teori strukturasinya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jurang dalam amalan tadbir urus dalam pengurusan projek-projek BRI di Malaysia. Ia juga menganalisis strategi tadbir urus yang melibatkan proses dualisme dalam melaksanakan projek-projek ini. Kesan strukturasi tadbir urus terhadap projek-projek tersebut turut disintesiskan di dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dan mengumpul data primer melalui temu bual berstruktur dengan sepuluh informan utama yang dipilih. Selain itu, kajian ini memanfaatkan data sekunder untuk menghubungkan Teori Strukturasi dan Teori Birokrasi, sambil menjawab tiga persoalan kajian yang disasarkan. Dapatan kajian menunjukkan tiga penemuan utama berdasarkan tiga objektif kajian yang disasarkan: kegagalan merangka polisi, keraguan dan kekaburan di kalangan rakyat, serta isu lokalisasi dalam pelaksanaan BRI. Secara keseluruhannya, kajian ini menekankan kesan signifikan dualisme terhadap tadbir urus Malaysia dalam konteks kerjasama BRI

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Talib, Azlizan
Item ID: 11674
Uncontrolled Keywords: Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Malaysia, tadbir urus, Strukturasi, Dualisme.
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Date Deposited: 03 Jun 2025 09:03
Last Modified: 03 Jun 2025 09:03
Department: Collage of Law,Government and International Studies
Name: Talib, Azlizan
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11674

Actions (login required)

View Item
View Item