UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh budaya organisasi, kepimpinan, sikap dan prinsip terhadap integriti dalam PDRM

Abdul Halim, Yahya (2025) Pengaruh budaya organisasi, kepimpinan, sikap dan prinsip terhadap integriti dalam PDRM. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s904974_01.pdf] Text
s904974_01.pdf

Download (3MB)

Abstract

Integriti adalah asas dalam agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan akauntabiliti mengikut undang-undang, tanpa salah laku atau rasuah. Sejak akhir-akhir ini, timbul kekecewaan rakyat terhadap peningkatan salah laku anggota polis yang cukup membimbangkan dengan beberapa kes berprofil tinggi di negara ini. Justeru, kajian ini cuba mendedahkan sejauh mana kepercayaan orang ramai terhadap integriti PDRM. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis tematik untuk melihat dengan lebih mendalam pandangan rakyat dan pengamal di agensi penguatkuasaan di Malaysia. Hasil kajian adalah seperti yang diharapkan iaitu rakyat cukup kecewa dan bimbang dengan peningkatan kes salah laku dalam kalangan anggota polis. Namun begitu, terdapat juga segelintir informan yang menunjukkan tahap integriti PDRM masih terkawal dan hanya sebilangan kecil kes salah laku di Malaysia. Dalam kajian ini juga, terdapat pengaruh yang kuat antara budaya organisasi, kepimpinan, sikap dan prinsip berintegriti dalam PDRM. Semua faktor saling berkaitan dan skop tugas anggota PDRM berkait rapat dengan integriti. Namun begitu, hasil kajian ini boleh menjadi penanda aras kepada PDRM agar lebih telus dan adil dalam menjalankan tugas menyiasat anggota dalam siasatan. Langkah memantapkan pengurusan sumber manusia seperti latihan pengukuhan diri, sistem gaji yang lebih sesuai dan penambahan kakitangan yang mencukupi dapat mengelakkan kes salah laku dalam PDRM dan meningkatkan tahap kepercayaan orang ramai. Kajian masa hadapan boleh diperluaskan lagi oleh penyelidik dengan menggunakan kaedah yang pelbagai dan penglibatan informan di pelbagai agensi penguatkuasaan di Malaysia.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Khamis, Kamarul Azman and Ikhsan, Mohamad Fajar
Item ID: 11686
Uncontrolled Keywords: orang awam, Kepercayaan, Integriti, Polis, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD58.7 Organizational Behavior.
Divisions: College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Date Deposited: 17 Jun 2025 08:05
Last Modified: 17 Jun 2025 08:05
Department: Collage of Law,Government and International Studies
Name: Khamis, Kamarul Azman and Ikhsan, Mohamad Fajar
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11686

Actions (login required)

View Item
View Item