Siti Irna, Mustajab (2025) Rangka kerja pemasaran aset digital berasaskan non-fungible token kepada penghasil seni visual (PV art-NFT) di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
s907144_01.pdf
Download (6MB)
Abstract
Teknologi Non-Fungible Token (NFT) telah membuka peluang baharu dalam pemasaran aset digital, terutamanya bagi penghasil seni visual. Walaupun NFT semakin popular, masih terdapat cabaran dalam kalangan penghasil seni visual di Malaysia, termasuk kesedaran yang rendah, pemahaman teknikal yang terhad dan strategi pemasaran yang tidak efektif. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan rangka kerja pemasaran aset digital berasaskan NFT (PVArt-NFT) bagi membantu penghasil seni visual di Malaysia memahami, mencipta dan memasarkan karya seni visual dalam ekosistem NFT. Bagi mencapai objektif kajian, pendekatan Penyelidikan Sains Reka Bentuk (Design Science Research) digunakan sebagai metodologi utama. Rangka kerja PVArt-NFT dibangunkan melalui analisis kandungan dan temubual kepada 7 perunding pakar dan seterusnya disahkan oleh 10 pakar yang lain. Ujian pra dan pasca dilaksanakan melalui bengkel NFT melibatkan 23 peserta untuk menguji keberkesanan rangka kerja tersebut. Rangka kerja PVArt-NFT yang dibangunkan mengandungi empat fasa iaitu: Analisis Nilai, Penciptaan Nilai, Penyampaian Nilai, dan Hubungan Pelanggan & Komuniti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pemahaman peserta selepas intervensi bengkel, namun terdapat perbezaan kecil dalam penerimaan terhadap minat, yakin, dan mempelajari NFT. Secara keseluruhan hasil dapatan kajian membuktikan bahawa bengkel ini memberi kesan besar dalam meningkatkan pemahaman peserta terhadap NFT. Kesimpulannya, rangka kerja PVArt-NFT ini memberi sumbangan implikasi pratikal kepada strategi pemasaran digital untuk penghasil seni visual. Selain itu, kajian ini turut memberikan sumbangan teoretikal berdasarkan Teori Innovation Resistence (IRT), Model Pemasaran Digital 7Ps, Teori Actor-Network (ANT) dan peranan pemasaran (role of marketing) ke dalam konteks seni visual berasaskan NFT. Seterusnya menambah dimensi baharu kepada literatur pemasaran dan ekonomi kreatif digital.
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Supervisor : | Husain, Adzira and Zaibon, Syamsul Bahrin |
| Item ID: | 11950 |
| Uncontrolled Keywords: | Non-Fungible Token, Pemasaran aset digital, Seni visual, Penghasil seni visual, Blockchain |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > T58.6-58.62 Management information systems T Technology > T Technology (General) |
| Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
| Date Deposited: | 31 Dec 2025 08:21 |
| Last Modified: | 31 Dec 2025 08:21 |
| Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences |
| Name: | Husain, Adzira and Zaibon, Syamsul Bahrin |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11950 |

