Amil, Ahmad Jami’ul (2025) Pendidikan nilai moral dalam novel terpilih karya Pramoedya Ananta Toer berdasarkan teori moral. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
Depositpermission_not allow_s905102.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
s905102_01.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (3MB) | Request a copy
s905102_02.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
Abstract
Kajian ini menunjukkan aspek penting berkaitan dengan nilai moral serta pengaruhnya dalam membentuk karakter dan pemikiran pelajar. Melalui pengajaran dalam Kurikulum Merdeka (KM), terdapat keperluan untuk penambahbaikan dengan mengetengahkan karya sastera yang relevan dengan pendidikan karakter. Kajian ini meneliti pendidikan nilai moral dalam lapan buah novel karya daripada Pramoedya Ananta Toer (PAT), iaitu Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah, Rumah Kaca, Keluarga Gerilya, Arus Balik, Panggil Aku Kartini Saja, dan Cerita Dari Blora. Kajian ini turut menilai kesesuaian karya-karya tersebut dalam memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar serta sumbangannya terhadap pembangunan karakter dalam konteks Kurikulum Merdeka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui tinjauan dan analisis mendalam berdasarkan kepada analisis isi dan tematik terhadap sejumlah literatur, penglibatan responden serta pemerhatian lapangan. Data diperoleh melalui teknik triangulasi masa dan penggunaan perisian Atlas.ti9. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua lapan buah novel yang dikaji mengandungi nilai moral penting seperti patriotisme, berdikari, kasih sayang, keadilan, kerjasama, hemah tinggi, kesederhanaan, keberanian, kebebasan, kejujuran, kebersihan fizikal dan mental, baik hati, hormat menghormati, rasional, dan semangat bermasyarakat. Nilai-nilai ini tergolong dalam empat elemen utama iaitu pendidikan, agama, seni budaya, dan sosial. Kajian ini juga mendapati bahawa kesemua novel tersebut mengandungi nilai moral yang bersesuaian dengan pembangunan karakter dalam KM, iaitu beriman, bertakwa kepada Tuhan, berakhlak mulia, semangat bermasyarakat, kerjasama, berdikari, rasional, dan kebebasan. Kesemua novel ini juga berpotensi untuk mengembangkan karakter pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang melibatkan pemerian, dialog, monolog, monolog dalaman, praktikal, projek, dan penyelesaian masalah. Secara keseluruhannya, semua novel yang dikaji mengandungi nilai moral yang sesuai dengan penguatan karakter dan boleh diterapkan dalam pengembangan karakter pelajar dalam KM. Justeru, hasil kajian ini boleh dijadikan panduan dalam pembangunan karakter dalam KM.
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Supervisor : | Ismail, Nor Hasimah and Narawi, Mohammad Syawal |
| Item ID: | 11960 |
| Uncontrolled Keywords: | Pendidikan nilai moral, Novel terpilih PAT, Kurikulum Merdeka, Teori moral |
| Subjects: | L Education > L Education (General) P Language and Literature > PN Literature (General) |
| Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
| Date Deposited: | 11 Jan 2026 04:54 |
| Last Modified: | 11 Jan 2026 04:54 |
| Department: | Awang Had Salleh Graduates School of Arts & Sciences |
| Name: | Ismail, Nor Hasimah and Narawi, Mohammad Syawal |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11960 |

