UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Mobile game-based learning application in primary mathematics: effectiveness on problem solving skills and perceived motivation across two different thinking styles

Azmath Begam, Abdul Aziz (2025) Mobile game-based learning application in primary mathematics: effectiveness on problem solving skills and perceived motivation across two different thinking styles. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of Depositpermission_s826641.pdf] Text
Depositpermission_s826641.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (375kB) | Request a copy
[thumbnail of s826641_01.pdf] Text
s826641_01.pdf

Download (3MB)

Abstract

Kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan murid Tahun 4 sekolah rendah dalam mata pelajaran Matematik berbeza secara signifikan. Umumnya, murid menghadapi kesukaran dan kurang bermotivasi untuk memahami konsep matematik, yang turut dipengaruhi oleh gaya pemikiran mereka yang berbeza. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk, membangun dan menilai keberkesanan aplikasi pembelajaran berasaskan permainan mudah alih yang dinamakan ROMAAD dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah Matematik dan tanggapan motivasi dalam kalangan murid yang mempunyai dua gaya pemikiran yang berbeza. Seramai 314 murid Tahun 4 dari enam buah sekolah rendah di Malaysia telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen faktorial 2 × 2. Murid dari tiga buah sekolah telah ditetapkan sebagai kumpulan kawalan, manakala murid dari tiga buah sekolah selebihnya telah ditetapkan. Sebagai kumpulan eksperimen. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan statistic deskriptif, Analisis Varians (ANOVA), dan Ujian-t Sampel Berpasangan. Hasil kajian membuktikan bahawa murid dalam kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan yang lebih ketara dalam kemahiran penyelesaian masalah berbanding dengan kumpulan kawalan. Ianya juga menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam tanggapan motivasi oleh murid melalui penggunaan aplikasi ROMAAD. Namun, kesan interaksi antara ROMAAD dan gaya pemikiran murid terhadap tanggapan motivasi mereka adalah tidak signifikan. Kajian ini mendapati bahawa ROMAAD dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah Matematik dan tanggapan motivasi oleh murid secara signifikan tanpa mengira gaya pemikiran mereka. Kajian ini juga mencadangkan strategi berkesan untuk mereka bentuk aplikasi pembelajaran berasaskan permainan mudah alih yang menyeronokkan, menarik dan mampu meningkatkan motivasi. Secara keseluruhannya, kajian ini menawarkan penyelesaian yang relevan dan praktikal kepada para pendidik untuk membangunkan aplikasi permainan multimedia interaktif yang dapat memperkukuh kemahiran penyelesaian masalah serta meningkatkan tanggapan motivasi dalam kalangan murid dengan dua gaya pemikiran yang berbeza.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Annamalai, Subashini and Abd Razak, Abd Hadi
Item ID: 11966
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran berasaskan permainan mudah alih, Kemahiran penyelesaian masalah, Tanggapan motivasi, Gaya pemikiran holistic, Gaya pemikiran analitik
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 14 Jan 2026 06:08
Last Modified: 14 Jan 2026 06:08
Department: Awang Had Salleh Graduates School of Arts & Sciences
Name: Annamalai, Subashini and Abd Razak, Abd Hadi
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11966

Actions (login required)

View Item
View Item