UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Peranan Polis Diraja Malaysia dalam membanteras rangkaian pelacuran antarabangsa: analisis keberkesanan dan cabaran yang dihadapi

Mohd Fakharuddin, Yahaya (2025) Peranan Polis Diraja Malaysia dalam membanteras rangkaian pelacuran antarabangsa: analisis keberkesanan dan cabaran yang dihadapi. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of Depositpermission-not allow_s832605.pdf] Text
Depositpermission-not allow_s832605.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (378kB) | Request a copy
[thumbnail of s832605_01.pdf] Text
s832605_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s832605_02.pdf] Text
s832605_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (841kB) | Request a copy

Abstract

Pelacuran dikatakan pekerjaan yang tertua di dunia dan direkodkan wujud sejak 2400 sebelum Masihi. Di Malaysia, perkembangan pelacuran dilihat dipengaruhi oleh faktor-faktor budaya, ekonomi, dan politik. Memandangkan fenomena pelacuran yang kompleks dan pelbagai, kajian ini berobjektif untuk menilai tahap sumbangan rangkaian jenayah antarabangsa kepada kewujudan pelacuran di Malaysia, mengukur tahap kejayaan PDRM dalam membanteras elemen rangkaian jenayah antarabangsa dalam pelacuran di Malaysia dan menganalisis cabaran yang dihadapi oleh PDRM dalam menangani elemen rangkaian jenayah antarabangsa dalam pelacuran di Malaysia. Data dikumpulkan melalui kaedah kualitatif di mana, penyelidik telah melakukan temu bual dengan tujuh orang pegawai PDRM yang terlibat secara langsung dalam operasi membanteras pelacuran dan lima orang awam yang mempunyai pengetahuan terhadap aktiviti pelacuran. Data telah dianalisis secara tematik. Penemuan kajian menunjukkan bahawa sifat pelacuran di negara ini adalah kompleks dan dipengaruhi oleh jenayah pelacuran antarabangsa. PDRM telah Berjaya memainkan peranan penting dalam membanteras pelacuran dengan kerjasama dan koordinasi yang baik dengan agensi-agensi tempatan dan antarabangsa. Implikasi hubungan antarabangsa, seperti pertukaran maklumat dengan agensi penguatkuasa undang-undang dari negara-negara lain, juga memberikan sumbangan yang penting dalam usaha membanteras pelacuran di Malaysia. Hasil kajian ini memberikan pandangan yang mendalam tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan usaha PDRM dalam membanteras pelacuran, serta memberikan cadangan untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam usaha membanteras pelacuran rentas sempadan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Yusoff, Kamarul Zaman
Item ID: 11972
Uncontrolled Keywords: Jenayah Rentas Sempadan, Kawalan Sempadan, Pelacuran, PDRM
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Date Deposited: 19 Jan 2026 09:04
Last Modified: 19 Jan 2026 09:04
Department: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Name: Yusoff, Kamarul Zaman
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11972

Actions (login required)

View Item
View Item