UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Perkembangan Nasionalisme Melayu dalam Parti Islam Se-Malaysia, 1951-2021

Nor Azizuddin, Abdul Rahman (2025) Perkembangan Nasionalisme Melayu dalam Parti Islam Se-Malaysia, 1951-2021. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (331kB) | Request a copy
[thumbnail of s904628_01.pdf] Text
s904628_01.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini menganalisis perkembangan ideologi nasionalisme Melayu dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari tahun 1951 hingga 2021, dengan tumpuan khusus pada evolusi pemikiran dan dasar-dasar parti berkaitan identiti Melayu-Islam. Kajian ini bertujuan: (i) mengenal pasti elemen nasionalisme Melayu menurut perspektif PAS; (ii) menjelaskan peranan kepimpinan parti dalam menangani perbezaan pandangan mengenai nasionalisme Melayu; dan (iii) menilai signifikasi PAS sebagai wadah politik yang mempertahankan aspirasi Melayu-Islam. Dari segi metodologi, kajian mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui temu bual mendalam dengan pemimpin-pemimpin utama parti sebagai sumber primer. Analisis dokumen meliputi ucapan dasar, minit mesyuarat dan penerbitan rasmi parti digunakan sebagai sumber sekunder. Teori Retrospektif diaplikasikan untuk mengkaji perkembangan kronologi nasionalisme Melayu dalam PAS. Dapatan menunjukkan bahawa meskipun PAS didominasi oleh orang Melayu, parti ini masih belum mencapai tahap sokongan yang setanding dengan UMNO dari segi keahlian. Konsep nasionalisme dalam PAS telah berkembang melalui empat fasa penting: fasa pembentukan ideologi (1951-1956), fasa pembinaan ideologi (1956-1982), fasa pemisahan ideologi (1982-2002), dan fasa penyerapan ideologi (2002-2021). Perkembangan ini membentuk identiti unik PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang turut mempertahankan kepentingan Melayu. Kajian ini mencadangkan agar PAS mengukuhkan naratif Melayu-Islam yang relevan dengan konteks kontemporari, mempertingkatkan strategi komunikasi politik, dan memperkasakan mekanisme parti bagi menjamin kelangsungan perjuangan parti

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Abdullah, Mohamad Iskandar Lee and Sharifuddin, Mohd Dino Khairri
Item ID: 12006
Uncontrolled Keywords: PAS, Nasionalisme, Melayu-Islam, Kepimpinan parti, politik Malaysia
Subjects: J Political Science > JF Political institutions (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Date Deposited: 23 Feb 2026 03:54
Last Modified: 23 Feb 2026 03:54
Department: Collage of Law,Government and International Studies
Name: Abdullah, Mohamad Iskandar Lee and Sharifuddin, Mohd Dino Khairri
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12006

Actions (login required)

View Item
View Item