UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Faktor penentu gelagat kepatuhan cukai syarikat besar di Malaysia dengan ejen cukai sebagai penyederhana

Saifulrizan, Norizan (2026) Faktor penentu gelagat kepatuhan cukai syarikat besar di Malaysia dengan ejen cukai sebagai penyederhana. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

Rights: Open Access
[thumbnail of depositpermission.pdf]
Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Request a copy
Access Restriction Notice
Full text access is restricted by the author.
Click Request a copy to contact the author by email.
Access is subject to the author's approval.
A hardcopy is available at the Special Collection Counter.
[thumbnail of s902854_01.pdf]
Text
s902854_01.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kajian terhadap gelagat kepatuhan cukai syarikat besar di Malaysia adalah amat penting memandangkan cukai syarikat menyumbang sebahagian besar hasil negara. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa gelagat ini mungkin dipengaruhi oleh factor organisasi dan persekitaran. Kajian ini meneliti hubungan antara reputasi, kestabilan prestasi kewangan, pengetahuan cukai pengarah syarikat, kerumitan undang-undang cukai, kebarangkalian pengesanan audit, penguatkuasaan undang-undang, media sosial, kualiti perkhidmatan, dan gelagat kepatuhan cukai dalam kalangan Syarikat besar, dengan menggunakan Teori Pembuatan Keputusan (TPK) untuk menganalisis pengambilan keputusan yang optimum berkaitan kepatuhan cukai. Soal selidik dalam talian telah diedarkan kepada 500 syarikat besar di Semenanjung Malaysia melalui pensampelan rawak sistematik, dengan 161 respons diperoleh (32.2%). Data dianalisis menggunakan pemodelan persamaan berstruktur berasaskan kuasa dua terkecil separa (PLS-SEM). Keputusan kajian menunjukkan hubungan positif dan signifikan antara pengetahuan cukai pengarah syarikat serta penguatkuasaan undang-undang dengan gelagat kepatuhan cukai syarikat besar. Hubungan positif tetapi tidak signifikan diperhatikan bagi reputasi, kestabilan prestasi kewangan, kebarangkalian dikesan, media sosial, dan kualiti perkhidmatan, manakala hubungan negatif tetapi tidak signifikan ditemui bagi kerumitan undang-undang cukai. Kajian juga mendapati bahawa peranan ejen cukai tidak memoderasi hubungan antara pembolehubah bebas dengan gelagat kepatuhan cukai. Kajian ini menekankan kepentingan pengetahuan cukai pengarah syarikat dalam kalangan pengurusan tertinggi untuk memupuk kepatuhan sukarela. Latihan berkala bagi pengarah disyorkan untuk menggalakkan pengambilan keputusan yang beretika, mengurangkan pengelakan cukai, serta memperbaiki pelaporan. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang berkesan adalah penting untuk meningkatkan kepatuhan cukai syarikat. Penyelidikan ini meluaskan aplikasi TPK dalam konteks percukaian syarikat di Malaysia dan menyediakan panduan kepada penggubal dasar dalam merancang program Pendidikan cukai yang disasarkan serta memperkukuh langkah penguatkuasaan bagi meningkatkan kepatuhan di kalangan syarikat besar

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Saad, Natrah and Mat Udin, Noraza
Item ID: 12291
Uncontrolled Keywords: kepatuhan cukai, syarikat besar, pengetahuan cukai pengarah syarikat, penguatkuasaan undang-undang, ejen cukai
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > HJ4771.6 Income Tax. Tax Returns.
Divisions: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business
Date Deposited: 10 Aug 2026 04:22
Last Modified: 10 Aug 2026 04:22
Department: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business
Name: Saad, Natrah and Mat Udin, Noraza
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12291

Actions (login required)

View Item
View Item