Maziah, Mohamed Nasir (2026) Kesan intervensi modul Virtual Mawaddah Care (Mcare) terhadap kualiti perkahwinan pasangan muda di negeri Kelantan. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
s904790_01.pdf
Restricted to Repository staff only
Request a copy
Click Request a copy to contact the author by email.
Access is subject to the author's approval.
A hardcopy is available at the Special Collection Counter.
s904790_02.pdf
Restricted to Repository staff only
Request a copy
Click Request a copy to contact the author by email.
Access is subject to the author's approval.
A hardcopy is available at the Special Collection Counter.
Abstract
Kualiti perkahwinan merupakan indikator utama kebahagiaan dan kestabilan pasangan, namun kadar penceraian yang meningkat menuntut intervensi berkesan bagi memperkukuh institusi kekeluargaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan Modul Virtual Mawaddah Care (iMcare) terhadap kualiti perkahwinan pasangan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kelompok, iaitu kelompok kawalan dan kelompok rawatan. Subjek kajian terdiri daripada 48 individu berkahwin (24 pasangan) yang telah dipilih melalui teknik persampelan bertujuan di tiga daerah di Negeri Kelantan. Kelompok rawatan diberikan intervensi Mawaddah Care (iMcare), manakala kelompok kawalan tidak menerima sebarang intervensi. Instrumen yang digunakan ialah Relationship Assessment Scale (RAS), Revised Dyadic Adjustment Scale (RDAS), ENRICH Communication Scale (ECS), dan Intimacy Scale (IS) bagi mengukur dimensi kepuasan perhubungan, penyesuaian, komunikasi, dan keintiman pada peringkat ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis menggunakan ujian-t sampel berpasangan dan analisis kovarians dua hala (ANCOVA dua hala). Hasil analisis menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan antara skor praujian dan pascaujian bagi kumpulan rawatan selepas pelaksanaan Modul iMcare. Ujian-t sampel berpasangan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara praujian dan pascaujian dalam kepuasan perkahwinan (t = -30.637, p < .001), penyesuaian pasangan (t = -32.175, df = 23, p < .05), komunikasi pasangan (t = -3.809, p < .001), dan keintiman perkahwinan (t = -51.848, df = 23, p < .001). Dapatan ini membuktikan bahawa Modul iMcare berjaya meningkatkan tahap kualiti perkahwinan pasangan dalam semua dimensi yang dikaji. Analisis ANCOVA dua hala dua hala menunjukkan bahawa keberkesanan modul ini adalah konsisten merentasi jantina bagi setiap dimensi perkahwinan. Secara keseluruhan, dapatan ini membuktikan bahawa Modul iMcare berkesan dalam meningkatkan kepuasan, penyesuaian, komunikasi, dan keintiman pasangan. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan intervensi bimbingan kelompok secara virtual dalam usaha memperkukuh kualiti perkahwinan, khususnya dalam tempoh awal perkahwinan
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Supervisor : | Ishak, Noor Azniza |
| Item ID: | 12336 |
| Uncontrolled Keywords: | Kualiti Perkahwinan, Kepuasan Perhubungan, Penyesuaian, komunikasi dan keintiman |
| Subjects: | H Social Sciences > HQ The Family. Marriage. Woman |
| Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
| Date Deposited: | 01 Nov 2026 02:06 |
| Last Modified: | 01 Nov 2026 02:06 |
| Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
| Name: | Ishak, Noor Azniza |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12336 |

