UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh literasi undang-undang dalam pendidikan terhadap amalan pengurusan bilik darjah dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di Perlis

Kaushalya, Palanisamy (2026) Pengaruh literasi undang-undang dalam pendidikan terhadap amalan pengurusan bilik darjah dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di Perlis. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

Rights: Restricted
[thumbnail of Fulltext]
Text (Fulltext)
s904498_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Request a copy
Access Restriction Notice
Full text access is restricted by the author.
Click Request a copy to contact the author by email.
Access is subject to the author's approval.
A hardcopy is available at the Special Collection Counter.
[thumbnail of Limited pages]
Text (Limited pages)
s904498_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Request a copy
Access Restriction Notice
Full text access is restricted by the author.
Click Request a copy to contact the author by email.
Access is subject to the author's approval.
A hardcopy is available at the Special Collection Counter.

Abstract

Sektor pendidikan kini menunjukkan peningkatan kes perundangan yang melibatkan guru akibat kurangnya pemahaman terhadap prosedur dan undang-undang pendidikan. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis pengaruh literasi undang-undang dalam pendidikan terhadap amalan pengurusan bilik darjah dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di Perlis. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikumpulkan menggunakan soal selidik berstruktur dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif serta statistik inferensi. Statistik deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai digunakan untuk menentukan tahap pemboleh ubah kajian, manakala analisis regresi berganda digunakan untuk mengenal pasti pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar. Bagi komponen kualitatif, data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan analisis tematik untuk meneroka serta menjelaskan dapatan kuantitatif dengan lebih mendalam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap literasi undang-undang pendidikan dalam kalangan guru sekolah rendah berada pada tahap sederhana. Analisis regresi berganda membuktikan bahawa literasi undang-undang pendidikan mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pengurusan bilik darjah dan kepuasan kerja guru. Penemuan ini turut disokong oleh dapatan kualitatif yang menunjukkan bahawa kefahaman terhadap hak, tanggungjawab dan prosedur undang-undang membantu guru bertindak dengan lebih yakin dan profesional. Kajian ini memperkukuhkan peranan Model Disiplin Asertif Canter, Teori Dua Faktor Herzberg dan Teori Domino dalam menjelaskan pengaruh antara literasi undang-undang pendidikan, pengurusan bilik darjah dan kepuasan kerja guru. Tahap literasi undang-undang dalam kalangan guru berupaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif serta menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan serta perkembangan murid secara menyeluruh

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Mohd Yaakob, Mohd Faiz and Md Nasir, Nor Ashikin
Item ID: 12354
Uncontrolled Keywords: literasi undang-undang pendidikan, pengurusan bilik darjah, kepuasan kerja, guru sekolah rendah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 24 Nov 2026 04:45
Last Modified: 24 Nov 2026 04:45
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Name: Mohd Yaakob, Mohd Faiz and Md Nasir, Nor Ashikin
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12354

Actions (login required)

View Item
View Item