UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pendekatan dakwah bil hal di hotel patuh syariah: satu kajian di hotel Adya, Langkawi Kedah

Nik Abdul Hamid, Nik Mohd Sofri (2022) Pendekatan dakwah bil hal di hotel patuh syariah: satu kajian di hotel Adya, Langkawi Kedah. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s824415_01.pdf] Text
s824415_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 9 February 2025.

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s824415_02.pdf] Text
s824415_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (594kB) | Request a copy

Abstract

Hotel Islam juga dikenali sebagai hotel patuh syariah tetapi istilah ini belum meluas diterima sama ada dalam dunia akademik atau dalam industri. Syariah bukan hanya satu teori semata-mata, tetapi ia merupakan cara hidup yang dilaksanakan di bawah perintah Allah SWT serta kepatuhan padaNya. Hotel patuh syariah tidak hanya
terhad kepada perkhidmatan makanan dan minuman halal tetapi melibatkan operasi di seluruh hotel juga mesti diuruskan berdasarkan prinsip Syariah. Namun begitu kebanyakan hotel-hotel yang dilaksanakan pada hari ini tidak bercirikan hotel patuh syariah secara sepenuhnya. Ia merujuk kepada beberapa elemen dalam bidang
pengurusan yang boleh diaplikasikan dalam kerja-kerja dakwah. Ia merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan yang menjadi asas dalam disiplin pengurusan. Antara pendekatan yang ingin dilihat ialah prinsip asas seperti nilai Insaniyyah, nilai Tauhid, pengurusan berasaskan syura dan budaya Istiqamah (komited) dalam setiap tindakan. Maka kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pendekatan dakwah yang dilakukan oleh pihak Hotel Adya, Langkawi serta kesannya terhadap pekerja dan pelanggan. Justeru itu, bidang perhotelan patuh syariah merupakan satu pendekatan baru dalam industri pelancongan bagi menyampaikan
mesej Islam sama ada kepada Muslim atau bukan Muslim. Oleh itu, teknik penyampaian mesej Islam yang dilakukan oleh Hotel patuh syariah telah memberi satu peluang kepada pengkaji untuk mengenalpasti pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Hotel Adya Langkawi yang merupakan Hotel patuh syariah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara perpustakaan dan kajian lapangan. Hasil kajian akan memberi impak yang penting khususnya kepada pelajar di institusi pengajian tinggi, pengurusan hotel, pekerja, pelanggan, pengusaha-pengusaha hotel, JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri dan masyarakat.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Mahmad, Muhamad Amar and Abdul Rahman, Mohd Nizho
Item ID: 10279
Uncontrolled Keywords: Dakwah bil hal, Hotel patuh syariah, Hotel Adya Langkawi.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP174 The practice of Islam
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 01 Feb 2023 00:14
Last Modified: 01 Feb 2023 00:14
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences
Name: Mahmad, Muhamad Amar and Abdul Rahman, Mohd Nizho
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10279

Actions (login required)

View Item
View Item