UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan antara komitmen pengurusan, penglibatan pekerja, dan komunikasi keselamatan dengan prestasi keselamatan dalam kalangan pekerja di Euroma Rubber Industries Sdn. Bhd

Rasidi, Nor Hisammudin (2023) Hubungan antara komitmen pengurusan, penglibatan pekerja, dan komunikasi keselamatan dengan prestasi keselamatan dalam kalangan pekerja di Euroma Rubber Industries Sdn. Bhd. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

Rights: Open Access
[thumbnail of Fulltext]
Text (Fulltext)
s827945_01.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komitmen pengurusan, penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan dengan prestasi keselamatan di Euroma Rubber
Industries. Kajian seperti ini dapat membantu organisasi untuk menambahbaik aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dan mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Borang soal selidik
yang digunapakai telah diadaptasi dari kajian-kajian terdahulu dan dijadikan skala likert. Seramai 142 responden yang merupakan populasi kajian ini telah menjawab borang soal selidik yang dijalankan secara bersemuka. Hasil analisis korelasi yang menggunakan Perisian Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 27 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
semua pemboleh ubah. Komitmen pengurusan menunjukkan skor yang terendah dengan nilai r = 0.174. Manakala penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan pula masing-masing menunjukkan nilai kekuatan hubungan yang tinggi iaitu r = 0.696 dan r = 0.787. Teori Pertukaran Sosial digunakan dalam kajian ini. Organisasi harus mengambil kira komitmen pengurusan, penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan untuk meningkatkan prestasi keselamatan.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Mustafa, Munauwar
Item ID: 10762
Uncontrolled Keywords: prestasi keselamatan, komitmen pengurusan, penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD58.9 Organizational Effectiveness.
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 26 Nov 2023 08:12
Last Modified: 16 Apr 2026 06:46
Department: School Of Business Management
Name: Mustafa, Munauwar
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10762

Actions (login required)

View Item
View Item