UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Sejarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka dan perkembangannya, 1950-2020

Azura, Abdul Raof (2025) Sejarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka dan perkembangannya, 1950-2020. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s905474_01.pdf] Text
s905474_01.pdf

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini meneliti sejarah penubuhan dan perkembangan Sekolah Henry Gurney (SHG) diTelok Mas, Melaka, dari tahun 1950 hingga 2020. Tumpuan diberikan kepada evolusi institusi ini sebagai pusat pemulihan pesalah juvana yang berperanan penting dalam Pembangunan modal insan. Kajian ini membincangkan aspek sejarah penubuhan, struktur pentadbiran, peranan, pelaksanaan program serta sumbangan SHG dalam tempoh tersebut. Pesalah juvana yang disabitkan kesalahan diberikan intervensi pendidikan sebagai usaha pemulihan, dengan matlamat mengurangkan kadar residivisme. Terdapat empat objektif utama kajian: (1) mengenal pasti sejarah penubuhan SHG dari tahun 1950 hingga 2020; (2) mengkaji perkembangan institusi ini secara kronologi; (3) meneliti pelaksanaan Program Pendidikan Korektif; dan (4) menganalisis sumbangan SHG sepanjang penubuhannya. Perbincangan dalam kajian ini merangkumi aspek sejarah yang menyumbang kepada penubuhan dan perkembangan SHG, termasuklah dari sudut perundangan, sejarah fizikal bangunan, serta faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menerapkan kaedah triangulasi yang merangkumi rujukan perpustakaan serta analisis terhadap sumber primer dan sekunder. Penyelidik turut melaksanakan kajian lapangan melalui pemerhatian dan temu bual sebagai instrumen pengumpulan data. Temu bual dijalankan dengan responden yang terdiri daripada pihak pengurusan, kakitangan, dan penghuni SHG bagi memperoleh maklumat yang lebih mendalam dan menyeluruh. Hasil kajian mendapati sistem pendidikan dan pemulihan juvana di institusi ini memiliki Sejarah yang unik serta telah berkembang menjadi sebuah pusat pemulihan yang menawarkan pendidikan berkualiti. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya pelbagai perubahan positif melalui pelaksanaan program seperti Program Pendidikan Korektif. Selain itu, kajian ini turut membuktikan bahawa para penghuni SHG berjaya mencapai pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang seperti akademik, sukan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), keagamaan, serta seni dan budaya. Kesimpulannya, kajian ini memberikan nilai tambah terhadap pemahaman mengenai sejarah penubuhan dan perkembangan Sekolah Henry Gurney serta peranannya dalam usaha pemulihan pesalah juvana di Malaysia

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Hassan, Haslinda and Saidon, Mohd Kasri
Item ID: 11986
Uncontrolled Keywords: Sekolah Henry Gurney, Juvana, Pendidikan korektif, Kronologi, Residivisme
Subjects: L Education > LA History of education
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 09 Feb 2026 07:14
Last Modified: 09 Feb 2026 07:14
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Hassan, Haslinda and Saidon, Mohd Kasri
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11986

Actions (login required)

View Item
View Item